pertama.
semakin uzur tulang-tulang dari jasad. menggalas harapan dan cita-cita masa hadapan. perih jerih, sakit, penat lelah, tak siapa peduli. tak siapa tahu. tak siapa mengerti.
kedua.
Tuhan, aku taburkan semua usaha yang ada untuk hari gemilang. dan ia tiba dengan penuh kasih sayang. terima kasih kerana bersabar. malah aku masih berusaha sehabis mampu.
ketiga.
sehebat apapun seorang manusia itu, dia tetap gagal jika tiada rasa keperimanusiaan dan ikhlas hatinya dalam bikin apa jua perkara.
keempat.
terkadang, dimata orang-orang kita mungkin ulat yang dipijak mati. tapi biar Tuhan saja yang menilai, siapa kita.
dan aku masih lagi tabah menjalani hari-hari aku.
3 Comments:
semoga aku akan terus jadi kawan kau :)
syukur. Alhamdulillah.
ya...rasa kemanusian itu harus di hadapan
Post a Comment