dan malam ini, sekali lagi dia keseorangan.
yang ada cuma komputer riba
diselit lagu dan katil yang melenakan badan.
rona-rona warna sepi dia jelas kelihatan.
titik-titik halus terbit dan jatuh meluruh
bagai tidak mahu berhenti.
apa yang disana tidak mengerti
tidak punya rasa yang sama?
tak daya berteka-teki.
dan akhirnya dia terus menyepi
melayan perasaan sendiri.
3 Comments:
sakit kalau terus begini.
Sesepi dan sebisu kamar itu.
dia juga bertanya suatu yg sama..
Post a Comment