tahu apa?
kadang-kadang sebilangan dari jasad-jasad itu
tidak punya akal.
tapi peka telinganya
juga penuh bisa mulutnya.
lebih percaya tajam mata
malah hujah-hujah kejam
dari guna hati dan manis bicara
tahu apa?
dan jasad-jasad itu
sememangnya tidak punya akal.
3 February 2012
30 January 2012
Tiada Dalam Talian
dunia benar-benar telah meragut masa aku dari berkarya. aku rindu mahu mencoret lenggok-lenggok bahasa dan perasaan disini. rindu pada penghuni-penghuni maya, dunia sebelah lagi. rindu.
bagai senyap semua mata-mata, yang memerhati.
bagai senyap semua mata-mata, yang memerhati.
18 January 2012
Sepi Berisi
dan malam ini, sekali lagi dia keseorangan.
yang ada cuma komputer riba
diselit lagu dan katil yang melenakan badan.
rona-rona warna sepi dia jelas kelihatan.
titik-titik halus terbit dan jatuh meluruh
bagai tidak mahu berhenti.
apa yang disana tidak mengerti
tidak punya rasa yang sama?
tak daya berteka-teki.
dan akhirnya dia terus menyepi
melayan perasaan sendiri.

15 January 2012
Klise Realiti
apabila hilang titik-titik percaya itu, sejujur hebat manapun kau bersuara pasti tidak akan didengari. terimalah hakikat.
10 January 2012
Harapan
kalau ada peluang lain yang lebih baik, mengapa mahu memaksa diri menunduk pada pilihan yang tidak pasti. dan ini bukan soal peluang hanya datang sekali, tapi rezeki yang Tuhan beri.
3 January 2012
Tak Sempurna
kita masing-masing punya dan diberi hak serta peluang untuk jahitkan kebenaran yang tercarik akibat kelalaian kita sendiri atau sesiapa sahaja yang terlepas pandang.
dan disetiap sudut apapun pandangan itu, tidak perlu disalah hinakan sesiapa. cukup kalau kau sedar setiap satunya jasad yang ada tak pernah terlepas dari bikin kesilapan. tiada.
dan disetiap sudut apapun pandangan itu, tidak perlu disalah hinakan sesiapa. cukup kalau kau sedar setiap satunya jasad yang ada tak pernah terlepas dari bikin kesilapan. tiada.
Subscribe to:
Posts (Atom)